2 months ago
April 10, 2009
Jom Mujahadah!!!
Tips-Tips Beramal Dan Menjaga Waktu
Dalam seharian sering kita terfikir bagaimana untuk menjaga amalan-amalan seharian kita agar kerja buat yang dilakukan menjadi berkat.
Lebih-lebih lagi kepada sahabat-sahabat yang memegang taklifan yang hebat-hebat di mana-mana institusi.Sudah pastinya banyak masa digunakan untuk merencana dan merancang sesuatu program dsb menyebabkan masa untuk beramal ibadat kepada Allah secara khusus menjadi kurang atau tidak teratur.
Alhamdulillah,setelah hadir majlis ilmu yang disampaikan oleh ayahnda tercinta baru-baru ini,ana telah mendapat tips-tips bagaimana hendak menjaga dan mengistiqamahkan amalan kita. Suka ana untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian.
Antara tips-tipsnya-
1.)Bertegas dengan yang wajib.
Dalam aktiviti seharian kita,selalu bertegas dengan yang wajib.Contohnya:solat lima waktu. Dalam hal-hal yang wajib tidak dapat tidak kita mesti utamakan dan sebagai seorang pimpinan ataupun orang yang memahami Islam solat berjemaah juga adalah suatu amalan yang sangat-sangat perlu dititikberat dan dipertegaskan.Jangan melambat-lambatkan solat fardhu.
2.)Gembirakan hati dengan solat-solat sunat.
Setiap hari buat amalan-amalan sunat.Walaupun sedikit tetapi istiqamah.Sebagai contoh solat sunat witir.Buat selepas solat isya'.Buat permulaan,jangan buat tiga rakaat,buat satu rakaat dahulu.Jika tertinggal,qadha' balik pada esok harinya (cari sedikit masa pada waktu paginya).Cuba istiqamahkan satu rakaat ini dahulu.Setelah lama beramal dan istiqamah dengan satu rakaat ini dan yakin, bolehlah tambah solat witir tadi menjadi 3 rakaat dan seterusnya.
Contoh yang lain adalah solat tahajjud @ qiamullai (solat malam).Katakanlah waktu subuh masuk jam 6 pagi,buat permulaan jangan kita bangun pukul 3 pagi untuk tahajjud sampai subuh.Untuk permulaan,bangun pukul 5.30 pagi,solat tahjjud dua rakaat,kalau tidak pun istiqamahkan solat qabliah(sebelum) subuh yang mana pahalanya ibarat kebaikan di dunia dan seisinya.Istiqamahkan diri bangun jam 5.30 pagi dan solat dua rakaat.Setelah yakin dan istiqamah,boleh lah mula bangun pada jam 5.
Jika dah sedar tapi tak larat sangat untuk bangun,terlampau penat dsb.Bila dah sedar tu sebutlah nama Allah,berzikir pada Allah kemudian tidurlah.Ini penting kerana nikmat sedar pada waktu malam tidak dikurniakan pada semua orang.Jadi jangan sia-siakan nikmat yang Allah beri.Tapi dah tidur jangan pula bangun pukul 7 pagi!!.
3.)Say No to Haram
Katakan tidak pada yang haram.Jangan sesekali melakukan maksiat ataupun dosa-dosa.Elakkan daripada melakukan dosa samaada dosa besar atau dosa kecil.
Kerana orang yang melakukan dosa ini mata hati dia akan jadi gelap.
Antara tanda-tanda mata hati seseorang itu gelap ialah :
1.)Bila beramal tidak terasa akan kemanisannya.Rasa diri kosong.
2.)Bila melakukan dosa tiada rasa bersalah dalam diri.
3.)Bila ada nasihat ataupun usrah ianya tak melekat pada hati.Tidak memberi bekas pada hati.
Antara cara untuk mengelak dari gelap hati ialah :
1.)Banyakkan bertaubat pada Allah
2.)Banyakkan beristighfar kepada Allah
Istighfar adalah amalan Nabi Muhammad S.A.W dan pera ulama'.Antara kelebihan istighfar ialah pertama diberikan oleh Allah jalan keluar dari sebarang masalah dan kedua dikurniakan rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Lakukanlah istighfar sekurang-kurangnya 100x sehari semalam.
4.)Tinggal @ lupakan pada perkara-perkara yang makruh.
Perkara-perkara makruh banyak dalam kehidupan seharian kita.Samaada untuk ibadah ataupun perkara-perkara harian.
5.)Buat sedikit tetapi berterusan
Sebagai contoh amalan-amalan sunat.Mulakan dengan solat sunat rawatib dahulu.Teruskan amalan tersebut sehingga Istiqamah dengan amalan tersebut.Ataupun baca Al-Quran..Mulakan dengan beberapa ayat,teruskan dengan amalan tersebut walaupun sedikit dimata manusia dan walaupun amalan tersebut tiada manusia yang tengok.
6.)Tak boleh buat semua jangan tinggal semua
Sebagai contoh Al-Mathurat.Mathurat adalah zikir-zikir yang mathur yang diamalakan oleh Baginda Rasulullah S.A.W.Ianya sangat baik untuk menjadi benteng kepada diri yang sangat banyak musuh mengelilingi lebih-lebih lagi musuh-musuh yang tak nampak dek mata kasar.
Amalkan mathurat kubra,kalau tidak boleh amalkanlah yang sughra,kalau tak boleh jugak amalkanlah yang mini(bak kata Abi).Amalkanlah selepas subuh dan asar@ mahgrib,kalau xboleh amalkan antara satu waktu sama ada waktu selepas subuh ataupun selepas Asar..Kalau tak boleh juga gantilah dengan istighfar sebanyak 100x dan selawat 100x.Kalau tak boleh jugak..hmmm..tok tau nak oyak gano lagi doh.Habis kure doh tu (dah keluar loghat..sori)
7.)Allah amat mengasihi pada orang yang beramal sungguh-sungguh
Buat sesuatu amalan dengan sungguh-sungguh.Kalau solat,solat sungguh-sungguh,lebih-lebih lagi pada mereka yang sibuk dengan urusan yang pelbagai.Waktu solat itulah satu-satunya waktu kita tumpukan dan mengharap pada Allah.Buat yang terbaik,insyaAllah.
Menjaga amalan supaya ianya menjadi yang terbaik.
8.)Beramal-dari sedikit ke banyak
Tips yang terakhir ialah lakukan amalan bermula dari sedikit ke banyak.Contoh nya amalan-amalan sunat seperti solat sunat dhuha,solat sunat witir,qiamullail dan banyak lagi.Mulakan dengan sedikit kemudian setelah yakin dan istiqamah,tambahlah kepada makin banyak.
Beramal dari yang senang kepada yang susah.Contoh:qiamullai - amalan yang susah,jadi mulakan dengan yang senang dulu contohnya solat sunat rawatib.
Kadang-kadang ada dikalangan kita tersalah beramal ataupun keutamaan dalam beramal.
Ada yang mengejar solat dhuha,tak pernah tinggal..tapi solat sunat rawatib tak pernah buat..Sedangkan Rasulullah S.A.W dulu tak pernah tinggal solat sunat rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu).Ramai di kalangan kita dah tersalah keutamaan dalam beramal.
Ada isi-isi yang dipetik dari kuliah bersama ayahnda tercinta (Abi) Syukran..
Akhir kalam..sama-sama kita koreksi diri dan amalan kita untuk ke arah yang lebih baik..dari tahun ke tahun,bulan ke bulan,minggu ke minggu,hari ke hari,jam ke jam,minit ke minit,saat ke saat dan detik ke detik. Sama-sama kita bermujahadah melawan segala musuh-musuh kita samaada yang nampak atau pun tidak.Jom bermujahadah!!!
Segala yang baik dari Allah,yang lemah kelemahan diri sendiri..
Semoga berjaya dalam final yang bakal tiba.Setelah berusaha,bertawakkal lah kepada Allah dengan sepenuh tawakkal.
'Allahhuma najjihna fil imtihan fiddin fiddunya wal akhirah'
Wallahua'lam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment