2 months ago
April 02, 2009
Jangan Berputus Asa
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah an-Nisa' ayat 134
'Oleh itu umat Islam digalakkan berdoa dengan menyebut: "Wahai Tuhan kami!
Kurniakanlah kepada kami di dunia baik, di akhirat pun baik dan jauhkanlah kami dari azab api neraka." '
Berlaku dalam satu peristiwa seorang sahabat yang sakit diziarahi Nabi s.a.w.
Rasulullah s.a.w. bertanya: "Bagaimana keadaan kamu."
Kata sahabat itu: "Wahai
Rasulullah s.a.w.! Terlalu banyak dosa saya. Mintalah supaya Allah jatuhkan hukuman semasa di dunia ini (tak payah di akhirat)."
Rasulullah s.a.w. berkata: "Jangan kamu berkata demikian (jangan minta bala sedemikian)."
Walaupun jika seseorang itu menerima hukuman di dunia, dia tidak lagi menerima hukuman di akhirat tetapi Allah mempunyai rahmat yang luas.
Disebut di dalam Hadis Qudsi. Rahmat Allah Ta'ala itu dibahagikan kepada 100 bahagian.
Satu bahagian diturunkan kepada hamba-hamba-Nya di dunia dan dengan rahmat Allah yang satu inilah menyebabkan binatang buas di hutan rimba tidak memijak anaknya walaupun tidak berakal serta manusia berkasih sayang antara satu sama lain juga dengan rahmat itu.
Manakala 99 bahagian lagi berada di sisi Allah SWT. Oleh itu Rasulullah s.a.w. melarang sahabatnya berputus asa dari rahmat Allah.
Rasulullah s.a.w. mengajarnya supaya menyebut doa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat pun serta jauhkanlah kami dari azab neraka."
Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (Surah an-Nisa': 134)
Allah bukan sahaja mendengar tetapi melihat. Allah mendengar semuanya dan melihat semuanya dengan terang dan nyata. Oleh itu apa yang diputuskan oleh Allah, hendaklah kita menerimanya kerana itulah yang membawa kebaikan kepada kita di dunia dan di akhirat.
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya.
"Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah an-nisa': 135)
tamat
Sahabat-sahabat,sesungguhnya sakit dan ujian itu adalah satu nikmat sebenarnya buat kita..Ia dapat mendekatkan lagi kita kepada mengingati Allah,mengingati nikmat-nikmat Allah yang terlalu amat banyak.
Bersyukur yang amatlah sesiapa yang diberikan ujian dan kesakitan oleh Allah kerana Allah masih sayang kamu dan masih 'peduli' akan kamu.
Dan sesiapa yang tidak kena ujian ataupun kesakitan,berhati-hatilah kerana mungkin ianya adalah satu musibah.Musibah seperti yang telah dikenakan kepada Firaun laknatullahi alaih yang tidak pernah sakit sepanjang hidupnya.
"Tika titis air mata jatuh ke bumi,biarlah hanya Allah yang mengetahui, kerana hanya Dia penyembuh luka pemberi bahagia kepada hati dan naluri.
Sedikit yang bermanfaat lebih baik daripada banyak yang melalaikan.
Ujian Allah datang kerana kasihNya pada hambaNya,agar iman terus meningkat,hati semakin dekat dan jiwa semakin akrab denganNya"
Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment