2 months ago
April 17, 2009
Hanya Untuk Diri Sendiri Orang Nak Sori (HUDSONS)
Assalamualaikum...
Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah...
dengan kesibukan yang tak pernah habis,
dengan taklifan yang menduga iman,
dengan dugaan yang menguji kesabaran,
dengan diri yang banyak memberi alasan,
dengan 'push' dari sekeliling oleh sahabat-sahabat untuk mencurahkan idea,
Semua faktor di atas..menyebabkan aku terlanjur untuk menulis dan berkongsi pandangan..
Kepada pimpinan @ yang dah habis pimpinan @ yang bakal jd pimpinan @ yang berangan hendak menjadi pimpinan @ yang bermusuh dengan pimpinan (em...sape tu?? )
Ingatlah..Jawatan yang di berikan itu bukanlah untuk kemegahan (tasyrif) tetapi ianya adalah satu taklif (amanah)..
Sekiranya kita anggap jawatan sbg pimpinan itu adlh kemegahan..maka,kita tidak akan lama..
Sebab..orang yang menganggap sedemikian biasanya mereka mengharapkan kepada manusia berbanding Allah..
Sekiranya tidak di puji,dia akan sedih,
Sekiranya diherdik @ dikutuk, dia akan down,
Sekiranya tidak diberi sumbangan, dia akan berkecil hati,
Sekiranya kehilangan,dia akan meratapi,
Sekiranya tidak di beri perhatian oleh manusia,dia akan rasa dipinggirkan.
Semua yang diatas TIDAK boleh ada dalam diri semua dari kita..tidak kira sama ada 'di gelar' pimpinan atau pun tidak. Dan sebenarnya setiap manusia itu merupakan seorang pemimpin dan dia bertanggungjawab atas setiap apa yang dipimpin.
Dan jadikan jawatan itu sebagai alat untuk kita menyampaikan dakwah dan bukan nya bebanan..
Pesanan tu khusus untuk diri sendiri dan umum untuk yang membaca..
Sedikit perkongsian mengenai dakwah dan tarbiyah..
Antara tarbiyah dan dakwah..biasa orang gunakan prasa 'DAKWAH VS TARBIYAH'..
Menyentuh mengenai dakwah dan tarbiyah sebenarnya kalau kita nak mencari mana yang lebih penting pada ana kita tak akan jumpa..Sebabnya kedua-duanya adalah penting dan sangat penting..
'Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik'. (Surah Ali-Imran -110)
'Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.' (Surah As Saff - 10-11)
Dakwah dan tarbiah perlu bergerak seiring..Tidak kira samaada ia bersifat individu,jemaah mahupun masyarakat.
Sesetengah pendapat mengatakan bahawa kita perlu menekankan aspek tarbiah dahulu.Kita tarbiah ahli kita semua dulu bagi mantap..lepas kita akan turun ke medan dakwah dan jihad untuk berdakwah pada mereka yang memerlukan..
Untuk isu ini ana serahkan pada yang lebih pakar untuk menjawab nya..yang lebih mengkaji dan memerhati..tafaddhal..
Cuma ana ingin beritahu bahawa kita mentarbiah diri,jemaah dan masyarakat.Ana rasa tak salah kalau ana katakan tarbiah juga adalah satu dakwah.
Hadith Nabi Muhammad S.A.W.. 'Sampaikanlah daripada aku walaupun satu ayat'..
Kalau faham betul-betul hadith ni..insyaAllah..Bila dapat satu,bagi satu..Sekiranya kamu ada satu je..kamu kena bagi..
Ilmu @ dakwah ibarat cahaya lilin..
Kalau kita ada lilin yang ada cahaya..dan kawan-kawan kita ada lilin yang tidak ada cahaya(padam)..
Kita pas kan api lilin itu pada semua kawan kita..Lilin mereka pun menyala seperti kita..Semua lilin bercahaya sebab kita hidupkan untuk mereka..Adakah cahaya lilin kita berkurang.?walaupun sedikit.? tidakkan??
Nah..itulah dia ilmu @ dakwah kita..apa yang diberi tidak akan kurang sedikit pun pada kita bahkan bertambah pada yang lain..
Sahabat-sahabat..cuba kita cek balik..apa pengorbanan @ perjuangan yang kita telah lakukan..Banyak mana..?hebat mana.?? tinggi mana..??
Kita masuk ke matrik,jadi ajk surau dsb,kita hanya mengisi sahaja..
Kita masuk ke universiti, kita ada proxi di U,kita pegang jawatan..apa yang kita buat..proxi dah lama kita pegang..kita just masuk dan duduk di 'tempat kosong' sahaja..
Kalau keluar nanti..kita join kawasan,katakan di kawasan kita dah ada biah solehah..apa yang kita buat.?
Berapa banyak 'kem' dah kita join.??(kalau kata diri dah hebat)..
Apa yang dah kita buat..jawapanya..tak banyak lagi sahabat-sahabat..masih terlalu sedikit..
Rasulullah..bermula dari kosong..mengkaderkan manusia..membentuk jemaah..membentuk proxi..membentuk daulah dan membentuk khilafah..
Cuba bilang berapa kali Rasulullah ke medan peperangan??
Berapa kali badan luka akibat dicederakan..?
Berapa kali diherdik,dimaki,dicaci,dibaling najis dan batu,?
Berapa kali dihalau oleh orang kafir..?
Berapa banyak ujian yang diberikan pada Baginda..?
Tak terkira sahabat-sahabat...
Namun itulah sunnah perjuangan..Allah dan Rasul ingin mengajarkan pada kita bahawa berjuang tak akan pernah senang..
Kena harung pahit dan maung..
Kena lawan pebagai jenis musuh,yang nampak di mata @ pun tidak..
Berjuang MESTI susah
Berjuang MESTI payah
Berjuang MESTI perit
Berjuang MESTI derita
Berjuang MESTI sengsara
dan ingat sahabat-sahabat..Allah menjanjikan sesuatu yang pasti...Iaitu syurga..
Syurga adalah untuk orang-orang yang telah merasai SUSAH
Syurga adalah untuk orang-orang yang telah merasai PAYAH
Syurga adalah untuk orang-orang yang telah merasai PERIT
Syurga adalah untuk orang-orang yang telah merasai DERITA
Syurga adalah untuk orang-orang yang telah merasai SENGSARA
Sekali lagi..pesanan ini khas untuk diri ini..umum untuk para pembaca..
Wallahua'lam..
Sahabat-sahabat..Sekiranya
lidah berbicara tidak sepatutnya,
hati bercampur perasaan tidak mulia,
jari bertitip laju terlalu suka ria,
otak mentafsir sesuatu di luar batasan Agama,
tulisan mengguris mana-mana jiwa..
Ampun dan maaf jua ku pinta..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment