Hidup manusia ini tidak lain hanyalah untuk abdi diri pada Allah.
Sebelum kita mengabdi diri pada Allah,kita kena kenal Allah,kena puji Allah.
Tidak ada satu pun makhluk yang boleh meperkenalkan Allah melainkan Allah sendiri.
Kalau kita betul-betul kenal Allah,betul-betul tahu tentang sifat-sifat Allah baru kita mudah untuk kenal dan sayang Allah.
Sebagai contoh:orang meniaga cincin..Bila dia bercakap tentang cincin,kita rasa sangat tertarik.Dia boleh 'describe' cincin satu persatu,macam-macam jenis cincin dsb.Bagi kita yang tak tahu @ tak mahir tentang ilmu cincin ni,kita kata semua cincin ni sama saja.Mana-mana pun sama je,asalkan nama cincin..Tapi bagi yang mahir tentang cincin,dia tahu segala tentang cincin..Gitu jugakla bila kita kenal Allah.
Dalam banyak surah banyak Allah mulakan dengan pujian yang memang selayaknya untukNya..Satu darinya adalah dalam Surah As-Saff ayat yg pertama.Yang mana Allah memberitahu bahawa semua makhluk di langit dan di bumi memuji Allah.
'Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana'
Ayat ni Allah nak bagitahu bahawa sebanyak mana benda di langit dan sebanyak benda yang ada di bumi bertasbih memuji Allah,kamu sahaja manusia yang degil tak nak puji Allah..
Setiap makhluk yang ada memuji Allah setiap masa kecuali makhluk yang bergelar manusia.
Makhluk itu akan mati atau dicabut nyawanya bila mana dia berhenti dari memuji Allah.
Dengan apa yang Allah kurniakan pada kita,padanlah untuk kita sentiasa memuji Allah Azzawajalla..
Kalau kita tengok orang tu cerdik.Kita cerita pasal kecerdikan dia..'hebatnya dia tu,dapat 10A1,dapat masuk uni di oversea, dapat itu,dapat ini..ORang lain yang dengar pun akan kata..hebatnya dia tu..
Kalau kita tengok orang tu kaya.Kita cerita 'Kaya nya dia tu,ada rumah besar tiga 4 tingkat,kereta besar,gaji puluh2 ribu'..Jadi orang yg dengar pun kata bahawa orang ni kaya.
Macam mana nak rasa,kita kena kenal..Begitu jugak lah Allah,bagaimana nak betul2 kenal Allah,ALlah dah beritahu kehebatan-kehebatan Allah melalui macam-macam benda..Bukan sahaja dalam Quran,bahkan zahir depan mata..
Tapi kenapa Manusia tak nak bertasbih memuji Allah..Sedangkan seluruh benda di muka bumi ni bertasbih pada Allah yang mencipta..
Sama-sama muhasabah diri kita bersama..
2 months ago
No comments:
Post a Comment