2 months ago
May 27, 2009
'Short Sem'
Assalamualaikum..
Kepenatan yang menjelma pada cuti panjang sem ni terasa begitu mencabar buat diriku yang baru berpuluh tahun jagung ni..huhu..
Penat..penat..penat..
Namun,misi masih belum selesai,hidup mesti diteruskan..
Cuti sem ni tak dapat balik ke kampung sebab ada sem pendek atau dalam bahasa mudahnya 'short sem'..huhu..di wajibkan oleh fakulti pada semua pelajar tahun dua.. Masuk jam 9pg keluar 12 tghhari masuk balik pukul 2ptg keluar pukul 5ptg. Begitulah setiap hari.Masuk lab keluar lab..No lecture,no tutorial,just lab.Rasa macam kat kilang.Kalau dalam 'bahasa elektrik' renjatan dipanggil 'short'.Jadi 'short sem' ni ibarat seperti 'kena renjatan sem' ('short sem')..
Rasa macam tak puas hati pada fakulti sebab buat gitu..tapi bila fikir-fikir balik dengan akal yang Allah bagi untuk diguna ni,banyak hikmah dan pelajaran yang boleh diambil..Antaranya..Ada asas dalam kejuruteraan,tahu macam mana nak pasang 'wiring',tahu macam mana nak 'design complex circuit',tahu 'how to maintanence' dan banyak lagi la..At least bila balik nanti,nak buat maintanence kat rumah dah boleh la..Takdela nanti malu kat orang kampung,belajar tinggi-tinggi tapi nak pasang lampu pun tak tahu..huhu..So pada semua yang amik short sem ni..sabar la ye..
Ambillah 'ibrah' dari setiap perkara yang berlaku.Orang selalu sebut setiap perkara ada hikmahNya.Dan Allah juga tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia hatta seekor kuman sekalipun.Wabak H1N1 yang tidak disukai umum itu pun ada banyak hikmahnya kenapa Allah buat..Antaranya nak bagitahu pada manusia supaya jangan sombong.Jangan rasa diri tu dah hebat,dah tak mati,dapat buat tu buat ni,gi situ gi sini..tapi Allah lagi hebat sheikh,Allah bagi virus kecik je,tengok guna cermin mata PM kita pun tak nampak tapi boleh membunuh.Kalau rasa hebat sangat,buat lah virus baru @ alat baru supaya yang kena tu tak mati.
Allah hantar virus macam tu untuk ajar sikit manusia-manusia yang kurang ajar ni.Termasuk jugak yang terlebih ajar ni sebab tak nak ajarr yang kurang ajar.Tapi macam biasa lah manusia..Allah sebagai engineer manusia dah bgtahu siap-siap dalam Al-Quran :
Maksudnya:
' Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas,kerana dia melihat dirinya serba cukup.' (Surah Al A'laq - ayat 6&7)
dan
'Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.
' (Surah Al-A'raaf - ayat 179)
Hujung minggu pulak lain cerita nya..kelas takde tapi program ada..huhu..boleh katakan tiap-tiap hujung minggu memerlukan komitmen untuk hadir ke program samaada di bumi Hang TuAh ni or outstation..
Pelbagai level program yang perlu attend..ada as peserta dan ada juga as urusetia dan ada juga as pemantau.Tapi semua tu sangat-sangat menyeronokkan,sebab dapat ilmu dan pengalaman yang cukup-cukup berharga yang tak dapat pada orang lain walaupun orang tu datang program yang sama..Sebab setiap orang dapat atas apa yang diniatkan.
Gambar Hiasan
Sedih jugak sebab tak dapat nak balik kampung cuti ni.. :-( ..Maaf pada semua sahabat-sahabat seperjuangan di kampung di negeri serambi mekah sana kerana aku tidak dapat untuk pulang kali ini..Buat yang terbaik ye..Kepada cikgu-cikgu kesayanganku juga..huhu..sedihnya..nanti saya cuba untuk balik ye..
Dah lama diri ni tak menjejakkan kaki ke bumi kelahiran tercinta.
Ada juga paksaan-paksaan dari 'anasir-anasir' luar supaya terus berada di negeri yang tiada menteri besar ni tp semua tu tak boleh nak beri kata putus..Hanya Allah yang tahu jawapannya..huhu..
Em..dah banyak berceloteh pulak.Esok seperti biasa,meneruskan hidup di alam mahasiswa..Moga terus diberikan kekuatan dan rahmat dariNya..
Ya Allahu Ya Rabbi..berilah kami(aku dan pembaca) kekuatan zahir & batin untuk terus menerus thabat diatas Jalan agamaMu,
Ya Rabbul Izzati..berilah kami kekuatan untuk mengamalkan apa yang kami katakan dan jeuhkanlah kami dari tergolong dikalangan orang-orang yang munafiq,
Ya Allahu Ya Rahman Ya Rahim..tunjukilah kami apa yang benar itu benar dan berilah kami kekuatan untuk mengikutinya DAN tunjukilah kami apa yang buruk itu buruk dan berilah kami kekuatan untuk kami menjauhinya,
Ya Zal Jala Li Wal Ikram..matikanlah kami dalam kesudahan yang baik dan janganlah matikan kami dalam kesudahan yang buruk..
Allahumma Aminn..
Barakallahufiq..Wallahua'lam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment