2 months ago
March 16, 2009
IStidraj
ADAKAH ORANG YANG ALLAH BERI KUASA, DIA GUNA UNTUK ANIAYA ORANG YANG
BEKERJA DENGANNYA JUGA DIKIRA SEBAGAI ISTIDRAJ?
Utk dikongsi bersama....
ISTIDRAJ
Minggu lepas, seorang kawan bertanya "Kenapa kadang kala kita lihat
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat,
murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?".
So, seorang kawan lain pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah
swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu
tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu.
Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat
bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah
menjadi baik. Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka
sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.
Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum
dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayangpada
kita.
Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita
akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan
suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus
dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk
bersyukur pd yg Esa.
Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian
itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala
memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),
ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru
dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya
adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat
kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah
saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari
semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan
sahaja,
bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka
biasa
sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang
seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam
indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan
mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang
lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah!
Sombongnya mereka, takburnya mereka.
Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi
Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka
bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi
Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa
dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj
Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah
menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu
siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke
kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki
datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam
aku, katanya sombong".
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak
membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,
anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap),
dia akan cuba melawan api.
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah
swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum
mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya
tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud?
Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya
disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya
sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan
bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan
sangka
Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala
keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya,dan
orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan
oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya
adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa
keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj.
Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya
untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan
pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti
ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita
cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang
itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang
diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan
mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas
mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian
yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan
Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:
" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment