Bulan Ramadhan kali ini memberikan saya keinsafan dan peringatan kepada kematian.Apabila diberitakan mengenai kematian orang yang tidak disangka-sangka dalam masa terdekat ini. Sama ada yang saya kenal atau pun tidak.Takziah saya ucapkan kepada keluarga arwah.
Takziah juga kepada sahabat saya yang baru sahaja kehilangan bapa tersayang dan tidak lama sebelummnya kehilangan ibu tersayang.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada ruh AllahYarham dan AllahYarhamah..
Tiba-tiba terdetik rasa gelisah dihati dan tidak senang difikiran.Mula muhasabah.Bagaimana jika aku ditakdirkan seperti mereka?
Bagaimana amalanku..
Bagaimana hubunganku dengan Allah..
Bagaimana hubunganku dengan Rasulullah..
Bagaimana hubunganku dengan keluarga,sahabat handai..
Bagaimana hubunganku dengan makhluk-makhluk lain..
AllahuRabbi...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Matikanlah aku dalam kesudahan yang baik
dan janganlah Kau matikan aku dalam kesudahan yang buruk..
Sahabat-sahabat...cukuplah kematian itu sebagai suatu peringatan...
Detik Kematian
Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
Tertulis kematian
Pada suratan kehidupan
Namun hanya ALLAH yang tahu
Bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri
Tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti
Tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda, miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Tika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Dari ALLAH kita datang,
KepadaNya kita pasti pulang
Detiknya pasti tiba
Adakah kita bersedia?
LAGU:FRIZDAN
LIRIK :FRIZDAN
AllahYarham Ustaz Asri (Vokalis Kumpulan Nasyid Rabbani)
2 months ago
2 comments:
semoga kita sedar akan tanggungjawab dan keperluan kita dalam menempuh kematian..
Umat zaman sekarang jahil tentang "kematian".. diharapkan kita sama-sama ingatkan mereka dengan menyampaikan dakwah secara konsisten melalui pelbagai sumber..
semoga kita tergolong dikalangan orang yang soleh.. Amin~
gambar yang atas tu, macam dalam cite 4bia cite last.. wuu seram..
Post a Comment