Blogger Layouts

August 11, 2009

Acuan Al-Quran & As-Sunnah




Assalamualaikum...entry ni saya pernah post pada suatu ketika dulu.Akibat ada yang bertanya bagaimana Minda Kelas Pertama menurut perspektif yang betul, saya post kan sekali lagi.Selamat membaca.


Salam sesegar telaga kauthar..
Kupasan mengenai minda kelas pertama yang sering kali dicanangkan oleh banyak pihak pada masa sekarang.Ingin diajukan soalan kepada mereka.Adakah mereka faham apa yang dimaksudkan dengan manusia ataupun pelajar minda kelas pertama.?



Memang bagus mereka menyarankan atau ingin membentuk palajar atau individu minda kelas pertama tetapi adakah program atau sesuatu yang dibuat selari dengan apa yang dihajatkan?.


Setiap benda yang hidup ada makanannya yang tersendiri.Kalu xdok makanan atau tidak makan makanan yang betul maka ia akan mati atau tidak sihat. Kita memerlukan nasi untuk hidup, ikan memerlukan air untuk hidup, jam memerlukan bateri untuk hidup, apalagi? byk lg..Begitu juga dengan akal yang memerlukan sesuatu untuk hidup.Akal memerlukan Al-Quran untuk hidup.BArulah segala tindak tanduk kita betul dan Allah akan berkenan.

Kita lihat bagaimana manusia jahil yang di julang oleh manusia-manusia jahil yang mana mereka berfikir dan membuat ideologi menggunakan akal mereka sendiri."Kalu ko da rasa hebat sangat ko pegi buat bumi sendiri jangan duduk atah bumi aku "kata Allah. "Aku yang buat bumi ni,aku tau ape yang baik dan ape yang buruk bagimu"..

Allah taala merupakan Engineer bagi manusia. Allah tahu segala-galanya mengenai kita. Apa yang baik dan apa yang buruk. Siapa kita untuk mempertikai?..

Sebagai contoh,kalau kita beli kereta..Masa baru beli,kita diberikan manual penggunaan..Disitu dia tulis,kene isi minyak didalam tangki.Kita pun tak ikut, kita isi dengan pasir. Apa jadi pada kereta tu? Confirm tak boleh gerak. Bukan setakat tak boleh gerak bahkan rosak. Itulah perumpamaan bagi orang yang menggunakan akal semata-mata,tidak mahu menggunakan prinsip dan dalil yang jelas daripada Allah. Seseorang yang boleh dikatakan mempunyai minda kelas pertama mestilah menjadikan Al-Quran sebagai tempat rujukan.



Rasulullah s.a.w merupakan idola ataupun contoh ikutan yang paling baik (uswah hasanah) kepada kita dalam merangka diri untuk menjadi manusia yang mempunyai minda kelas pertama. Rasulullah mempunyai akhlak yang sangat mulia.Dakwah islam mula tersebar luas,salah satu faktor adalah akhlak Nabi s.a.w.

Apabila Saidatina Aisyah ditanya oleh para sahabat mengenai akhlak Nabi s.a.w, Siti Aisyah menyebut pada diri Nabi terdapat Al-Quran yang hidup. Kita boleh lihat didalam surah Al-Ahzab ayat 21, yang bermaksud

"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah S.a.w suri teladan yang baik bagi kamu (yaitu) bagi orang yang mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) Hari Akhirat dan dia banyak menyebut Allah"

Kenapa Rasulullah s.a.w dikatakan sebagai suri teladan yang baik telah diberitahu didalam ayat di atas.ciri-ciri yang ada pada Rasulullah s.a.w ialah 1.)Mengharapkan rahmat Allah 2.) Mengharapkan kedatangan Hari Akhirat dan 3.) Banyak mengingati Allah..

Inilah ciri2 yang ada pada Rasulullah s.a.w yang menyebabkan Beliau menjadi contoh ikutan yang paling baik kepada seluruh ummat manusia.Inilah ciri-ciri yang sepatutnya ada kepada individu yang mempunyai minda kelas pertama. Berfikir berdasarkan Al-Quran & Sunnah..

Wallahua'lam

No comments: