Blogger Layouts

July 01, 2009

Virus H1N1

Apakah itu penyakit Influenza A (H1N1)?

Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis virus baru. Virus ini terhasil dari mutasi gene virus influenza babi, burung dan manusia.

Apakah tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala awal jangkitan ini adalah mirip selesema, seperti demam, batuk, sakit kepala, sakit badan, sakit tekak, selesema dan kadangkala muntah-muntah atau cirit birit.

Bagaimana kita boleh dijangkiti?

virus H1N1


Virus ini berjangkit apabila pesakit batuk atau bersin.Titisan cecair pernafasan yang keluar akan terkena tangan pesakit, permukaan-permukaan(surfaces) atau tersebar ke udara. Seterusnya, seseorang akan dijangkiti sama ada melalui pernafasan; melalui sentuhan dengan tangan pesakit atau menyentuh permukaan-permukaan yang tercemar dengan titisan cecair pesakit.

MENGAPA BABI HARAM BUAT UMAT MUSLIM

Ada orang asing (ilmuwan) bertanya kepada seorang Ulama mengenai haiwan babi ini.

Ilmuwan : Haramnya haiwan babi bagi umat muslim adalah disebabkan karana banyaknya parasit dan kotoran dalam haiwan ini. Dengan semakin canggihnya ilmu kedokteran, bukannya mungkin nantinya haiwan babi dapat dibersihkan dari virus dan parasit yang mematikan ini? Apakah nantinya haiwan babi yang bersih akan menjadi halal?



Ulama
: Haramnya babi bukan karana sebab itu saja. Tetapi ada sifat Babi yang sangat diharamkan untuk umat Islam

Ilmuwan : Apakah itu?

Ulama : Cuba anda buat 2 kandang. Dimana 1 kandang isi dengan 2 ekor ayam jantan dan 1 ekor ayam betina. 1 kandang lagi isi dengan 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Apakah yang terjadi pada masing2 kandang tersebut? Bolehkah anda menerkanya!! !

Ilmuwan : Tidak boleh!!!!??? ?

Ulama : Mari kita lihat bersama-sama sekarang. Pada kandang pertama dimana ada 2 ekor ayam jantan dan 1 (ekor ayam betina, yang terjadi adalah 2 ekor ayam jantan tersebut berkelahi dahulu untuk memperebutkan 1 ekor ayam betina tersebut sampai ada yang menang dan kalah. Dan itu sesuai dengan Kudrat dan Fitrah manusia diciptakan Allah SWT.

Ilmuwan
: Pada kandang Babi?

Ulama : Ini yang menarik. Pada kandang kedua, iaitu kandang berisi 2 ekor babi jantan dan 1 ekor babi betina. Ternyata 2 ekor babi jantan tidak berkelahi untuk memperebutkan 1 ekor babi betina, tetapi yang terjadi adalah 2 ekor babi jantan tersebut malahan menyetubuhi secara beramai-ramai 1 ekor babi betina tersebut dan juga terjadi hubungan Homoseksual antara kedua ekor babi jantan setelah selesai dengan si betina. Hal inilah yang jelas2 bertentangan dengan Fitrah umat manusia. Bilamana umat Islam ikut2an memakan babi maka ditakutkan umat Islam akan mempunyai sifat dan perangai seperti babi ini.



Berbalik Kepada Yang Pencipta

Namun bukanlah tujuan utama saya menulis artikel ini untuk membincangkan tentang penyakit ini atau menceritakan kehidupan babi yang sememangnya pengotor kerana memakan najis. Cuba kita berfikir sejenak tentang kejadian alam ini?

Mengapa untuk memadamkan api kita menggunakan air atau tanah? Adakah sebenarnya air itu atau tanah itu yang memadamkan api itu? (Bagi ahli sains barat yang tidak beriman pasti berkata ya dan ditambah dengan hasil kajian mereka dan penerangan tentang bagaimana air dapat memadamkan api.). Tetapi sebagai umat islam kita tidak boleh katakan sememangnya airlah yang memadamkan api itu. Maka kita telah melazimkan bahawa terdapat kuasa lain yang dapat memadamkan api itu. Maka berjaga-jagalah olehmu wahai umat Nabi Muhammad s.a.w. bila berkata-kata. Sebenarnya, segala yang berlaku diatas muka bumi ini adalah kehendak Allah s.w.t.. Begitu juga dengan api tadi. Tidak akan padam api itu jika Allah tidak mahu ianya padam walaupun kita siram selautan air. Tetapi kerana sudah ketetapan Allah(Sunatullah) bahawa air yang dicipta olehNya dapat memadamkan api.

Maka berbalik kepada virus H1N1 ini. Maka adakah disebabkan virus ini manusia mati? Maka sudah pasti tidak. Tetapi Mengapa Virus ini Muncul? Inilah sebenarnya persoalannya. Sememangnya babi itu telah diharamkan oleh Allah s.w.t. didalam al-Quran dengan firmanNya:

Katakanlah “Tidak kudapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesutau yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati(bangkai), darah yang mengalir, daging babi kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih bukan atas(nama) Allah. Tetapi barang siapa terpaksa bukan kerana menginginkan dan tidak melebihi (batas darurat) maka sungguh, Tuhanmu Maha Pengampun, Maha Penyayang.”

(Surah Al-An’am: Ayat 145)

Maka sudah jelas sekarang bahawasanya semua kejadian ini adalah bala dari Allah keatas hambaNya. Bala ini diturukan bagi memberi pengajaran kepada hambaNya agar sedar akan perbuatan mereka yang merosakkan diri mereka sendiri.

Rakyat hidup dalam keadaan tercemar dengan najis-najisnya terdampar disungai kecil yang mengalir kelaut lantas mencemarkan laut dan ini menjejaskan agensi pelancongan dikawasan terbabit. Di manakah perginya pemimpin-pemimpin dikawasan itu. Mengapakah membiarkan rakyat terus hidup dalam keadaan merana dengan babi yang kotor itu.

Banyak lagi kisah-kisah tentang babi ini.

Daging Babi Mengandungi cacing?

Ahli-ahli sains sudah mempersetujui daging babi mempunyai cacing yang boleh memudaratkan manusia bila dimakan. Telah dirakamkan didalam suatu video dimana daging babi apabila dituangkan air coca-cola diatasnya dan dibiarkan selama beberapa minit, maka akan keluar cacing-cacing dicelah-celah daging babi itu. (Boleh dapatkan video clip itu di youtube). Maka bagi kaum non-muslim yang makan makanan ini seharusnya memikirkan kesihatan mereka dan bagi umat islam pula, kesempatan ini sepatutnya kita menerangkan perkara ini kepada rakan-rakan non-muslim kita dan disamping itu kita terangkan sekali mengapa kaum muslimin dilarang oleh tuhanNya agar tidak memakan babi. Agar sedikit sebanyak kita dapat memperlihatkan keindahan islam dimata mereka dan manatahu dengan isu ini sahaja mereka terbuka fikiran untuk mengetahui lebih mendalam tentang islam.

Lawak Jenaka

Kisah babi juga menjadi senda gurau dalam teka-teki iaitu kenapa anak babi jalan tunduk dan di belakang induk babi, Jawapannya ialah kerana malu menjadi anak babi.

Kesimpulannya:
Dan ingatlah Allah tidak akan menurunkan bala keatas sesuatu kaum itu tidak bersebab, melainkan kaum itu sendiri mengundang bala tersebut. Cuba kita sorot kembali kisah-kisah kaum yang terdalu dari kita, mengapa bala di timpakan keatas mereka sehingga ada yang menyebabkan sebahagian darinya lesap terus dari peta dunia. Contohnya umat nabi Luth.

Moga segala yang menimpa masyarakat dunia ketika ini boleh membantu kita mendekatkan diri dengan Pencipta, dan sama-sama kita merenung balik tujuan kita di hidupkan di dunia ini.



No comments: