Blogger Layouts

January 25, 2009


Gaza: Misi tercapai,Palestin terima bantuan
Mohd Khalil Abdullah
Sun | Jan 25, 09 | 5:52:35 pm MYT

EL-ARISH,25 Jan (Hrkh) - "Misi kita tercapai,bantuan dapat diberikan dan kita telah dapat merintis jalan untuk ke Gaza."
Iklan




Demikian pandangan Presiden Yayasan Amal Malaysia,Hussin Ismail apabila menerangkan sejauhmana kejayaan yang diperolehi oleh Yayasan Amal dalam misi yang dibawa ke Gaza.

"Kita sebenarnya adalah misi tinjauan awal untuk merintis jalan bagi pasukan-pasukan lain untuk tiba di Gaza.

"Sehingga kini kita telah dapat merintis jalan ke Gaza.Kita telah kenal pasti laluan yang boleh dilalui oleh pasukan misi kita untuk masa akan datang dan yang penting bagi pasukan akan datang perjalanan mereka akan lebih lancar sebab kita telah kenal pasti setiap kelemahan yang ada,"jelasnya kepada Harakahdaily sebelum berangkat ke Kaherah semalam.



Sementara itu, Ketua Relif Yayasan Amal Malaysia, Dr Abdul Rani Osman yang bertanggungjawab dan mengetuai anggota perubatan dalam misi ini berkata,matlamat mereka tercapai.

"Walaupun kami tidak sampai ke Gaza,namun segala bantuan yang disalurkan oleh rakyat Malaysia termasuk daripada kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid telah dapat disampaikan.

Image"Bantuan yang berupa ubat-ubatan dan makanan telah dapat kita salurkan kepada wakil Palestin di El-Arish dan insya-Allah rakyat Palestin terutama di Gaza akan menerimanya,"tegas Dr Rani yang juga merupakan Adun Meru.

Tambahnya, sememangnya agak sukar ketika ini untuk menembusi pintu sempadan kerana oihak berkuasa Mesir di bawah pimpinan Hosni Mubarak sentiasa berubah polisi sepanjang masa.

"Contohnya,hari pertama kami ke sempadan mereka kata pintu sempadan hanya dibuka untuk doktor berbangsa Arab.Mereka suruh kami datang esok.

"Bila kami tiba esok mereka kata hanya petugas media dibenarkan masuk, dan keesokkannya pula kami dihalang lagi apabila dimaklumkan mereka hanya benarkan pakar-pakar perubatan tertentu sahaja dibenarkan seperti pakar mata,"jelasnya yang kecewa dengan sikap kerajaan Mesir yang seolah-olah ingin menghalang rakyat Palestin daripada mendapat bantuan.

Walau bagaimanapun katanya,Yayasan Amal tidak berputus asa dan akhirnya dapat menyalurkan bantuan yang dibawa atas amanah rakyat Malaysia dan kerajaan negeri Selangor dengan menyampaikannya kepada wakil Palestin di El-Arish.

"Walau apa pun misi kita tercapai.Jalan telah dirintis,kita tahu segala prosedur dan kaedah untuk sampaikan bantuan kepada Palestin dan bantuan yang dibawa juga telah disampaikan,"tegasnya lagi. - mks._

No comments: