2 months ago
November 11, 2008
Usrah Bukan Setakat Kepit Buku Hasan Al-Banna
Usrah bukan setakat kepit buku Hassan Al Banna
Demikianlah tegas seorang Naqib mengenai konsep usrah.
Beliau menyatakan usrah itu bukan hanya kita
membicarakan pemikiran Hassan Al Banna, bukan sekadar
kita menghafal ayat Al Quran, bukan sekadar membaca
satu-satu bab, dan minggu depan sambung bab lain.
Konsep usrah menurut beliau harus diperluaskan lagi.
Menurutnya pernah satu hari sebelum mula usrah Naqib
mengajak semua anak buahnya mengikut beliau. Lalu
ikutlah 2-3 kereta, tak tahu naqib nak bawa ke mana.
Lalu mereka sampai di hospital, naqib membawa anak
buah menziarahi orang sakit, ada yang tengah nazak.
Lepas tu di luar hospital naqib pun memberitahu anak
buah, akan nikmat kesihatan, bagaimana kita semua
harus memperbanyakkan amal, bila sudah sakit susah
hendak beribadah, hinggakan ada anak buah yang
menangis mendengar peringatan naqib.
Kemudian mereka
semua pun pulang ke tempat usrah hendak dimulakan,
apabila sampai anak buah semua ingat baru nak mula
usrah, naqib pun kata, usrah sudah tamat, kita tutup
dengan membaca tasbih Kifarah dan Surah Asr.
Minggu lain pula Naqib membawa mereka ke restoran Tom
Yam. Lalu Naqib suruh mereka semua makan. Anak buah
semua rasa seronok, masing-masing orderlah mengikut
nafsu. Lepas makan Naqib buat senarai, si A order ini
order ini, kuat makan, si B order ini order ini, si C
makan tak pandang kawan. Lepas tu ramai yang order teh
dan teh tarik.
Naqib kata Imam Hassan Al Banna tak
suka minum teh dan semua jenis minuman yang ada
kafein. Semua anak buah tunduk rasa malu, kalau tahu
tak order apa, order air kosong saja nak tunjuk warak.
Kemudian menyentuh amalan Hassan Al Banna yang suka
berdakwah dengan orang ramai di kedai kopi, maka kita
jangan hanya setakat baca riwayat hidupnya. Kita juga
harus ada pendekatan untuk berdakwah menggunakan
pendekatan yang sesuai di cyber cafe,pusat snooker
dan sebagainya.
Pernah beliau di satu Felda jumpa dengan anak muda
yang suka main gitar dari sebelum Maghrib sampai ke
malam. Lalu Naqib tadi mendekati remaja tadi bukan
untuk berdakwah tetapi mengatakanbunyi gitar budak
tadi tak sedap. Tuning tali gitar tak kena katanya,
walhal Naqib tadi tak tahu satu benda pasal gitar.
Lalu Naqib tadi offer pada budak tadi untuk betulkan
tali gitarnya dirumah.
Naqib tadi pergi sampai Segamat
suruh kedai Cina betulkan tuning gitar. Lama kelamaan
Naqib tadi kamceng dengan budak tadi. Lama kelamaan
budak tadi sendiri tak main gitar.
Jadi,perluaskan konsep usrah kita, sesuai dengan
perkataan usrah itu bermaksud keluarga..
Al Faqir Ila Rabbi – ibnu husain
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment