Bila dilahirkan sebagai seorang lelaki, kita seharusnya menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh terbaik dalam setiap aspek kehidupan kerana beginda telah dihiasi sifat terpuji seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fathonah.
Baginda juga mempunyai keseimbangan dalam kepimpinan dan bijak dalam menghubungjalinkan perkara-perkara yang berkaitan politik dan agama. Kepimpinan Rasulullah sangat terserlah terutama dalam menyusun strategi peperangan sehingga mampu mengalahkan tentera Quraisy walaupun bilangan mereka ramai jika dibandingkan dengan tentera Islam.
Begitu besar peranan Rasul dan amanah yang mereka pikul hingga dinukilkan dalam al-Quran :
“Dan sesungguhnya Kami telah membangkitkan dikalangan setiap umat seorang Rasul supaya (menyeru) hendaklah kamu menyembah Allah dan menjauhi taghut…,, (An-Nahl: 36)
Secara fitrahnya, muslimin telah dilahirkan sebagai seorang pemimpin. Firman Allah: “Sesungguhnya kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan” (An-Nisa’ : 34) Tapi malangnya, reality hari ini mempamerkan semakin ramai muslimin yang rosak akhlak. Bagaimana mungkin seorang yang bengkok (lelaki) dapat meluruskan tulang rusuk kiri yang bengkok (perempuan) andai diri sendiri tidak betul? Dan kita tahu bahawa perempuan adalah sayap kiri perjuangan lelaki.
Semua kecelaruan akhlak yang melanda lelaki pada masa kini berlaku mungkin disebabkan pengaruh perempuan itu sendiri yang kuramg menjaga adap dan tatasusila sehingga lelaki terpengaruh. Contohnya terdapat lelaki yang sanggup mengabaikan solat jumaat semata-mata ingin memenuhi hasrat ‘couple’nya yang ingin berjumpa dengan lelaki terbabit. Sikap perempuan yang sebeginilah yang membuka pintu penzinaan dan fitnah. Alangkah eloknya andai perempuan tadi menjaga diri dan takutkan Allah kerana dunia ini hanyalah satu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.
Lelaki sebenarnya berperanan lebih dalam membangunkan Islam kerana mereka mempunyai karisma yang tinggi.
Allah telah menganugerahkan sesuatu yang istimewa kepada mereka iaitu 9 akal dan hanya 1 nafsu sedangkan perempuan hanyalah dibekalkan 1 akal dan 9 nafsu. Andai lelaki tidak kuat dari segi pegangan Agama dan pergantungan dengan Allah, tentulah mereka akan tergoda dengan perempuan yang dikurniakan banyak nafsu. Disinilah bergunanya 9 akal lelaki kerana terdapat dikalangan mereka yang mampu menggunakan sebaiknya akal tersebut dalam membaiki diri, memimpin, menyeimbangkan tuntutan dunia dann akhirat dan juga membangunkan Islam. Inilah hebatnya seorang Lelaki!....
No comments:
Post a Comment