Berbagai-bagai dugaan datang dengan serentak.
Menghentak jiwa,membuatkan hati jadi sayu,fikiran jadi keliru.
Air mata menjadi saksi kelemahan diri ini.
Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu.
Si dia telah buat keputusan.
Aku terpaksa terima walaupun sangat pahit.
Jiwa aku bagai dihempap dengan macam-macam rasa yang kadang-kadang menyebabkan lahir rasa kecewa dalam diri.
Kenapa dia memilih keputusan ini??
Apa yang berlaku ni??
Kenapa buat begini??
Berbagai-bagai soalan menerjah dibenak fikiran ku.
Masih banyak yang belum terjawab.
Dihujung persoalan-persoalan ku ini..
Aku sedar bahawa aku ini hanyalah seorang hamba kepada tuan yang mencipta.
Aku terhutang budi kepadaNya.
Ujian yang diberikan ini adalah yang terbaik untukku.
Ku mohon dengan sangat agar dia menjadi milikku ya Allah.
Ya Allah..dengan ujian ini mudah-mudahan aku menjadi manusia yang lebih tabah selepas ini.
ujian dari Allah pada hambaNya |
2 comments:
Ada hikmah atas apa yang terjadi, semoga memperoleh hikmah itu
dalam sayunya jiwa kita, pasti ada bahagianya, pasrah segalanya, smg yang terlebih baek milik kamu sahabatku dunia akhirat~
Post a Comment