Blogger Layouts

April 06, 2011

Hati ini berbicara




ku bangun bersujud menyembah Sang Pencipta
mengharapkan keampunan atas kekhilafan yang dibuat
hati yang kian lama tidak merintih kini kembali hadir
membuatkan mata kembali kepada fitrahnya,menangis kepada Penciptanya

Wahai hati
sedarlah bahawa hidup ini wajib ada nya dugaan
walaupun kau mampu lalui atau tidak
Hadapilah

menangis dan menangislah

rasa hiba mencengkam diri
mendengar alunan ayat suciMu ya Rabbi
kerdilnya diri ini,terlalu banyak dosa yang telah ku lakukan ya Allah..
seluruh tubuh sujud mengharapkan dosa2 diampunkan
air mata ini mengalir deras diarah oleh hati yang dipinjamkan oleh Pemiliknya

Ya Wahab...
permudahkanlah urusanku
cantikkanlah akhlakku seperti mana cantiknya anggota yang Kau pinjamkan ini
ku tak layak untuk memasuki syurgaMu
tapi..
ku tak sanggup untuk hadapi NerakaMu
Ya Ghafur...ampunilah dosa-dosaku



Wahai Tuhan pemilik hati
tetapkan hati ini atas jalanMu
tetapkan jalan untukku didunia dan diakhirat kelak
ku mengharapkan redha dariMu ya Rahman

Dengan sifat RahimMu ku bermohon
perkenankanlah permohonan ku ini..


wahai diri..teruskan berzikir kepada pemilikMu
kerana masa sudah suntuk
terlalu banyak tugas yang wajib dilaksanakan
keep moving!

~mendambakan cinta sesuci embun pagi~

4 comments:

Anonymous said...

moga diberi kekuatan

nizam said...

insyaAllah..mohon doanya~

Anonymous said...

“Penghuni Syurga itulah orang-orang yang menang.” (al- Hasr: 20)

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Ada dua titisan yang ALLAH cintai,pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH.”

Semoga disingkapkan hikmah segala ketentuan.

nizam said...

insyaAllah..

moga dipermudahkan~